Salam buat semua,
Post kali ini khas ditujukan buat semua jurulatih, rakan seperjuangan, dan yang mengenali diri ini dalam gayong. Bermulanya langkah Gayong ku di MML 1999, dengan harapan untuk melengkapi satu lagi keperluan diri sebagai seorang lelaki yang bakal memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan muslim yang bakal mempertahankan agama ISLAM agar tidak akan rebah dibumi ini terutamanya di tanah air kita Malaysia ini.
Pahit manis dalam bergayong dilalui bersama sukar untuk dilupakan sehingga ke saat ini, ilmu yang ku tuntut dari semua jurulatih dapat ku manfaatkan dalam kehidupan seharian. Bukan sahaja ilmu mempertahankan diri, bahkan semua nasihat dan pengajaran yang guru turunkan semuanya tidak disiakan begitu sahaja.
Namun langkahku tidaklah begitu jauh, kaki belum berkematu perjalanku terhenti di situ. Namun perhentian itu bukanlah bermaksud terus menghilang. Sekadar hilang dari pandangan mata, merantau menuntut ilmu meneruskan pengajian, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang pelajar. Aku harus mencapai cita-cita ku untuk dikalungkan buat kedua orang tuaku. Alhamdulillah, segulung sijil dan pekerjaan yang ku genggam sekarang memberi seribu erti buat mereka.
Kini, ingin aku melangkah kembali demi meneruskan pencarian untuk memenuhi citaku yang belum tercapai.. Namun masihkah ada ruang untukku dalam Gayong... Izinkan aku bertapak kembali demi secebis ilmu untuk dijadikan panduan hidup masa hadapan moga boleh ku bekalkan ke alam seterusnya yang bakal semua tempuhi...
SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT :
PENERAJU GAYONG PSSGWSM KELANTAN
-CIKGU MUZAIRI SOUZA
-CIKGU NASIR
-CIKGU ROSLAN
-CIKGU JAMIDI
-CIKGU ZUL
-CIKGU YUNUS
Abang² senior
-Abe Hafiz
-Abe Fuad
-Abe Hamzah
-Abe Syed
-Abe Muz
-Abe Asrul Faiz
-Abe Asyraf
-Abe Adi
-Abe Hakimi
-Abe Hafiza
-Abe Redho
Rakan² seperjuangan
-Faiz
-Hakim
-Asyraf
-Zubaidi
-Syukri
-Faizol
-Fakhran
-Kamarudin
GURU-GURU Gayong
-Cikgu Awang
-Pak Ngah Izahar
-Cikgu Mat Puteh
dan mohon maaf kepada yang tidak tertulis namanya disini, tak terdaya untuk menulis semuanya namun kalian tetap dalam ingatan.....
Jasa kalian amat dikenang dan dihargai sampai bila-bila. Terima Kasih yang tidak terhingga buat semua.. Semoga Allah memberkati perjuangan kita, diberikan petunjuk ke jalanNya, digolongkan dlm golongan ahli jannah kelak. Salam rindu.
This entry was posted
on 19 February 2008
at 3:13 PM
and is filed under
Gayong
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.
