Jalan kita  

Posted by Hafiz S.

Salam keamanan,

Syukur nikmat yang dikurniakan, setelah lama menanti saatnya telah tiba juga akhirnya. Seperti yang dijanjikan setiap apa yang kita lakukan pasti akan ada hasilnya. Cuma semuanya bergantung kepada diri sendiri.

Allah s.w.t tidak pernah menganiayai hambaNya melainkan menguji mereka, sedangkan setiap apa yang di uji terhadap hambaNya ini telah diketahui Allah bahawasanya mereka mampu lalui. Memang senang mengungkap kan sesuatu, tapi inilah realiti bila kita sendiri yang merasainya.

Sepanjang aku mulakan peringkat hidupku yang ketiga, iaitu alam dewasa banyak ujian yang aku hadapi.. pelbagai rintangan aku redahi. Sentiasa cekal. Sebagai insan, kadang2 ada juga terdetik rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi. Tapi apabila kita mula memahami perngertian Tawakkal / konsep berserah pada Allah s.w.t sebenarnya tiada apa yang dapat menghalang kita untuk melalkukan apa sahaja yang kita cita-cita kan.

Rupanya apa yang aku lalui hanyalah ujian kecil dari Yang Maha Kuasa mungkin demi menebus kesalahanku dimasa lampau. Barulah aku sedar betapa berbaloinya jika kita benar2 dilandasan yang ditunjukkan Kekasih Allah, Muhammad s.a.w. Tetapkanlah hati kita pada pegangan yang satu. Tiada tandingan dengan apa sahaja. Itulah kelebihan agama kita, ISLAM.

Matlamat hidup seorang insan...  

Posted by Hafiz S. in

Manusia kalau ditanya apa matlamat hidup kita
Pasti macam-macam jawapannya
Rata-rata jawapannya nak hidup senang didunia
Ada yang ingin nak jadi kaya
Mungkin kaya harta benda
Kerana kefahaman manusia rata-rata
Sudah kaya dengan harta dunia
Baru fikirkan akhirat matlamat yang kedua

Begitulah rosaknya manusia didunia
Watak-wataknya sama sahaja
Apa agaknya matlamat hidup manusia
Mungkin sukar manusia menjawabnya
Cuba kita fikirkan apa sebenarnya

Jika hidup manusia hanya untuk kaya harta benda
Bermakna manusia masih mengejar dunia
Persoalannya sampai bila
Adakah sampai ke tua
Kalau inilah matlamat manusia
Alamatnya nerakalah yang menunggu kita

Kalau begitu apa sebenarnya matlamat kami Tuhan
Tunjukkanlah kami jalan
Supaya kami dapat pedoman
Kalau apa yang kami fikirkan tidak bertepatan
Tolonglah khabarkan ya Tuhan
Kalaulah akhirat manusia jadikan panduan
Pastilah matlamat hidup manusia untuk cari redho Tuhan
Dan yang paling utama untuk dapatkan keampunan Tuhan

Nukilan: Dato’ Md Dakhiyar Hj Amir DSSA DMM BCK PPA

Hari ini.....  

Posted by Hafiz S. in



perkembangan.....  

Posted by Hafiz S. in

Syukur pada Allah, angan2 aku nak buka kedai servis komputer dah jadi kenyataan... brader yang aku bagitau dulu bagi line kat aku 'pow' sebahagian dari restoran dia buat port untuk servis komputer. Walaupun kecil2an aku rasa lega sebab ada perkembangan dalam masa yang singkat. Aku pun tak sangka benda macam ni leh jadi.. Leh kata macam magik gak ler... Thanks to Narong (owner restoran 111zone) sebab banyak tolong aku. Tak lupa jugak member Narong, Wan yang ade tolong aku siapkan keperluan asas kat situ.

Dengan limpahan rezeki yang dikurniakan-Nya, aku gunakan peluang tue sebaik mungkin... cukup bulan kira² jumlah pelanggan yang dah tau port aku tue boleh dikira memuaskan. Rezeki pertama aku tak lupa jasa orang tua aku, hulur cket buat beli barang dapur. Lain2 aku sapu buat belanja makan, nak idup beb... Sampai sekarang pelanggan makin hari makin bertambah, tu pun masih dikalangan member2 Narong dan Wan yang datang... Mungkin kurang promosi dan orang lain dalam Saujana Utama ni masih ramai yang tak tahu kewujudan aku kat situ.

Takpa, aku bukan takat ni aja, aku akan gempurkan seluruh kawasan ini biar orang tahu siapa aku... Aku mungkin insan biasa atau mungkin penganggur hina dimata orang. Tapi aku ada matlamat yang perlu aku capai dlm hidup ini. Aku tak pernah leka dengan perancangan yang aku buat 5tahun dulu.. Aku akan buat yang terbaik untuk dapat apa yang dicitakan 5tahun kehadapan. Dan aku tidak mungkin individu yang sama dengan diriku sekarang.

Ku berserah pada-Mu Ilahi, tunjukkan aku dan permudahkan segala urusanku untuk mencapai segala yang ku impikan. Aku tidak pernah lupa dengan hadirku, hamba-Mu yang di amanahkan untuk menjadi khalifah dibumi Mu ini. Tidak akan ku siakan akal yang Kau kurniakan, tidak aku zalimi diri ku sendiri, tidak aku benarkan nafsu menguasai diri. Jihadku mungkin tidak sebesar jihad kekasihMu Muhammad, tidak segagah pahlawan agama yang kau kasihi, tidak setabah anbiya' dan sahabat yang engkau cintai. Namun aku tetap berjuang demi agama ku, keluarga ku, bangsa ku, dan tanah air ku. Ampunilah segala dosa, terimalah segala taubat, makbulkanlah segala doa, jauhilah aku dari segala maksiat, fitnah, dan kurniakanlah aku kekuatan untuk menjalankan ibadah mu. Akhirkanlah hayatku dengan sebaik² akhiran dan jauhkan aku dari seburuk² penamat hayatku. Amiin..

di mana aku sekarang... episod 3  

Posted by Hafiz S. in

"huh... kaco je mamat nie," aku cakap dlm ati je. Sambung balik aku berangan... Kalau buat tempat servis komputer bagus gak ni, alat lebih kurang pun dah ok, tapi kat mana aku nak buat port? takkan dlm bengkel ni aje.. Aduh xlogik langsung.. dlm tak logik pun aku jalan kan jugak pelan2 buat flyers, sembang2 ngan kawan pun aku selit jugak pasal servis pc nie.. Hari demi hari, xdak pun yang datang.. hammpeh lak rase, kuciwa pun ada juga ckit. Tapi aku tak pernah putus asa, itu prinsip aku.

(dunia sebenar) aku dah rimas duk kat bengkel buat benda sama hari2, kalau sape kenal aku mesti tau perangai aku yang takleh duk bersahaja atau duk setempat... aku suka kesana kemari, tak kira ada pekdah ke takdak pekdah ke suke ati aku la aku punya badan.

satu hari aku sembang ngan member sebelah, towkay restoran 111zone sebelah je ngan bengkel cuzzin aku.. kedai dia bagus, ada seri la cuma masa tu dia baru bukak lebih kurang 3bln. story punya story baik punya, aku banyak citer pasal komputer yang dia plak citer bidang construction nak buat macam mana itu bidang dia. tapi aku leh ngam ngan dia... leh kata satu kapla gak ler.. first sight, aku ingat dia ni straight, garang, tapi rupanya kena ngan cara aku... talkative, suka bagi pandangan, macam klik² aku kat KB.

....

....sambungan "aku menungkan masa depan"  

Posted by Hafiz S. in

~thinking~ apa nak jadi ngan aku nie? tahun lepas hidup aku seorang graduan diploma dalam aplikasi multimedia yang menganggur, terumbang ambing mcm kambing (sori kambing, curi nama kejap)... dapat keja pun leh tahan 7bln je ngan bos kat SS15 Subang Jaya, dapat bos web department dah bagus kena lak ngan director cam hantu rimau.. semua nak urgent, last2 berenti.

aku quit keja c2 cadangan nak teruskan usaha aku semula buat company kat kampung, ingat nak himpun member2 team-up sama aku buat company web n design n wat ever lah... alih2 semua member dapat keja kontrak, cadangan yang aku bagi kat diorang dulu terbengkalai macam tu aje. susah rupanya nak cari yang ngam satu kapla dengan kita nie.

x kan tahun nie aku masih penganggur lagi kot... mana cita2 aku, mana angan2 aku? bila nak realisasikan semua tue? bukan xboleh nak buat semua yang aku impikan, aku cuma perlukan suntikan modal tapi sapa ak bagi free2 kan? orang lain ada gak support dari family, aku pun ada tapi setakat moral support jela... financial tak dapek nak tolong. aku tak salahkan sesapa pun... memang tersurat semuanya aku kna usahakan sendiri... insyaAllah ada rezeki kan kalau kita buat sesuatu dengan istiqamah..

"Woi!!! Jauh nampak..., awek lari ko?" terhenti sekejap lamunan aku bila dengar sapaan sorang pomen kat bengkel nie. "Takde lah, homesick jer" balasku spontan... sambung lagi~

Di mana aku sekarang?  

Posted by Hafiz S. in

Pejam celik pejam celik... tup tup dah hampir 6bln aku bertapa kat Saujana Utama (SU) Sungai Buloh nie. Tujuan asal aku datang nak tolong cuzzin aku handle dia punya bengkel jer, kalut cket sebab dia buka 2 bengkel kat cni. Katanya pening nak handle sorang2 dgn perangai anak buah lagi, dgn kedai yang perlukan sokongan lagi... Macam2 hal lah.

Tapi alhamdulillah setakat aku ada bersama dia, aku tengok bengkel dia makin ok dan lebih terurus cket berbanding yang dia handle sorang2 dulu.. Yelah aku bukan pandai sgt pasal bengkel, spanar aku kenal la, lain2 aku belajar koho² kata ore kelate... Aku banyak tolong dia uruskan akaun, bukan xnak kotorkan tangan tapi memang tak pandai. Kang niat nak tolong jadi menyusahkan orang plak bila nak memandai..

Dia pun aku tengok makin ok jer, muka pun tak berkerut macam dulu.. Kita xleh lari dari masalah, tapi setakat yang remeh temeh ni patut handle terus. Masalah kecik pun leh jadi besar kalau duk himpun dlm benak kepala nie.. Darah pun boley naik pressure, bahaya loO.. Sementara dia dah ok, aku menungkan plak pasal future aku, cehhh cambest lak (koya blana demo... huhu~) Dalam termenung tue macam2 ada dalam kepala otak nie....~ 2 be continue