Jalan kita  

Posted by Hafiz S.

Salam keamanan,

Syukur nikmat yang dikurniakan, setelah lama menanti saatnya telah tiba juga akhirnya. Seperti yang dijanjikan setiap apa yang kita lakukan pasti akan ada hasilnya. Cuma semuanya bergantung kepada diri sendiri.

Allah s.w.t tidak pernah menganiayai hambaNya melainkan menguji mereka, sedangkan setiap apa yang di uji terhadap hambaNya ini telah diketahui Allah bahawasanya mereka mampu lalui. Memang senang mengungkap kan sesuatu, tapi inilah realiti bila kita sendiri yang merasainya.

Sepanjang aku mulakan peringkat hidupku yang ketiga, iaitu alam dewasa banyak ujian yang aku hadapi.. pelbagai rintangan aku redahi. Sentiasa cekal. Sebagai insan, kadang2 ada juga terdetik rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi. Tapi apabila kita mula memahami perngertian Tawakkal / konsep berserah pada Allah s.w.t sebenarnya tiada apa yang dapat menghalang kita untuk melalkukan apa sahaja yang kita cita-cita kan.

Rupanya apa yang aku lalui hanyalah ujian kecil dari Yang Maha Kuasa mungkin demi menebus kesalahanku dimasa lampau. Barulah aku sedar betapa berbaloinya jika kita benar2 dilandasan yang ditunjukkan Kekasih Allah, Muhammad s.a.w. Tetapkanlah hati kita pada pegangan yang satu. Tiada tandingan dengan apa sahaja. Itulah kelebihan agama kita, ISLAM.

This entry was posted on 10 December 2008 at 10:41 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment