....sambungan "aku menungkan masa depan"  

Posted by Hafiz S. in

~thinking~ apa nak jadi ngan aku nie? tahun lepas hidup aku seorang graduan diploma dalam aplikasi multimedia yang menganggur, terumbang ambing mcm kambing (sori kambing, curi nama kejap)... dapat keja pun leh tahan 7bln je ngan bos kat SS15 Subang Jaya, dapat bos web department dah bagus kena lak ngan director cam hantu rimau.. semua nak urgent, last2 berenti.

aku quit keja c2 cadangan nak teruskan usaha aku semula buat company kat kampung, ingat nak himpun member2 team-up sama aku buat company web n design n wat ever lah... alih2 semua member dapat keja kontrak, cadangan yang aku bagi kat diorang dulu terbengkalai macam tu aje. susah rupanya nak cari yang ngam satu kapla dengan kita nie.

x kan tahun nie aku masih penganggur lagi kot... mana cita2 aku, mana angan2 aku? bila nak realisasikan semua tue? bukan xboleh nak buat semua yang aku impikan, aku cuma perlukan suntikan modal tapi sapa ak bagi free2 kan? orang lain ada gak support dari family, aku pun ada tapi setakat moral support jela... financial tak dapek nak tolong. aku tak salahkan sesapa pun... memang tersurat semuanya aku kna usahakan sendiri... insyaAllah ada rezeki kan kalau kita buat sesuatu dengan istiqamah..

"Woi!!! Jauh nampak..., awek lari ko?" terhenti sekejap lamunan aku bila dengar sapaan sorang pomen kat bengkel nie. "Takde lah, homesick jer" balasku spontan... sambung lagi~

This entry was posted on 10 June 2008 at 5:54 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment